Tuesday, July 25, 2006

Dari rahim dia bermula dan kepada Ar Rahim dia di jemput sua

Setiap pagi terasa langkah hayunan kaki semakin berat hala nuju ke sana. Ibarat bagaikan dibelenggu rantai besi yang dikacip bersama bebola besi padu. Tubuh jadi lesu bersama minda yg. terkunci bisu. Siapa lah yg. hendak mengerti. Kawan ? Rakan sekerja ? Majikan ? Kadang kadang terasa bagaikan diri ini berjuang keseorangan di medan perang. Aku lah kepala general. Aku lah kapitan. Aku lah soldadu dan aku lah balaci yang terhormat.

Minda kadang kadang tergambar ingin melarikan diri, setelah apa yg. aku persetujui 2 tahun yg. lalu. Namun aku juga telah melalui medan yg. sama 5 tahun yg. lalu seakan akan rejunivasi masa itu. Aku tinggal kan dengan bangga sambil mendongak tinggi ke langit walaupun terpalit luka luka yg. tak mungkin akan sembuh dalam masa yg. terdekat. Aku tabah. Aku ada jati diri. Aku bisa berdiri sendiri. Aku tahu mereka hormat kepada ku kerana kesanggupan ku bertahan ibarat Tembok Besar Cina. Ombak dan badai melandai dari arah kiri, kanan, belakang, hadapan mahupun dari atas, tangkas dan bingkas semuanya aku tolak tepis.

Aku teringat masa kecil dulu aku sering bermimpi di siang hari bahawa satu hari nanti aku akan menjadi orang yg. senang dan orang yg. terkaya di dunia. Sambil menuding jari ke langit, di sana pasti. Jauhi sekali amatan anak kecil itu. (Anak kecik aku juga yg. baru umur setahun suka tunjuk jari nya ke langit sambil meng"agah" - mana tumpah kuah kalau tak ke nasi/roti/mee) Itu masa kecil ku. Sekarang impian tinggal mimpi. Setiap hari aku bertanya :-

"Bilakah hari itu ?"
"Bilakah hari itu ?"
"Bilakah hari itu ?"

Mungkin aku ini sama sahaja dengan insan yg. lain. Di lahirkan oleh seorang ibu macam engkau jua, di besarkan dengan kasih sayang mungkin macam engkau jua, melalui alam persekolan selama 11 tahun macam engkau jua, masuk ke Menara Gading macam engkau jua, Makan gaji macam engkau jua, berkawan, berteman dan kemudian beristeri bersama gadis pilihan macam engkau jua, ada anak(anak) sama macam engkau jua, Mungkin "pencen" kata orang dulu dulu, "VSS" kata orang sekarang macam engkau jua. Harungi hari tua ganyut seribu atau nyanyuk lupa, macam engkau jua, dan bersiap sedia tunggu tuhan menjemput ke sisi macam engkau jua. Rutin kehidupan manusia sesiapa sama sahaja. Kita hanya perlu hias nya sahaja. Samada kau nak ia berasa manis seperti madu, masam, pahit tuba, kau persepsi kan.

Kataku "Dari rahim dia bermula dan kepada AR Rahim dia di jemput sua"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home