1234 ... Aris Ariwatan
Aris Ariwatan - 1234
Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
( korus )Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Komen :-
kalau dulu belum kahwin tak rasa sebini rupa. Tapi bila dah ada anak itulah baru rasa pergorbanan ibu dan ayah. Tak sangup tengok anak kelaparan / sakit. Biar berlapar / behutang jangan biar dia tak makan.
Kadang kadang bukan sengaja nak marah / pukul kerana tak sayang tapi nak jadikan kau manusia.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home