Ayat ayat Cinta
Semalam aku download novel Ayat ayat Cinta karangan Habiburrahman El Shirazi (Seorang pelajar Al Azhar). Filem itu amat menyentuh perasaan ketika ditayang kan semada Aidil Fitri yang lepas, Adegan yang aku tersentuh bila :-
Adegan apabila Fahri hampir hilang akal dalam kamar penjara akibat di seksa oleh warden penjara. Namun rakan sekamar penjara Fahri di gambar sebagai seorang tak siuman menasihatkan Fahri (Bagaimana Nabi Yusof A.S memilih penjara daripada nafsu Zulaikha (Kecantikan Nabi Yusof, membuat ramai wanita terpotong jari apabila melihat baginda) , dan memanfaat kehidupan penjara untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, sehingga baginda menjadi pemerintah Mesir.
Ujar lelaki tak siuman itu, kita terlalu sombong dengan Allah S.W.T. Bila kita terima ujian yang maha dasyat baru kita memohon keampuna, menangis, meratapi nasib.
Namun sekilas baca dalam novel lelaki adalah seorang professor universiti. Lain benar yang di gambarkan.
Aku juga melihat dalam novel itu banyak ditulis berkaitan bagaimana kehidupan seorang muslim dan tentang hubungan Allah S.W.T. Cukup berbeza sekali daripada novel asal.
Di lampiran hadapan Novel itu di tulis Novel Pembangun Jiwa - Memang jauh berbeza antara filem dam novel itu.


0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home