Wednesday, June 21, 2006

Nasi, Air dan garam

"Mbah, kenapa nasib kita begini" Tanya sang anak kecil kepada ibu tua setengah abad umurnya, sambil menyuap nasi berulamkan garam kasar sebagai alas perut yg kelaparan. Ibu geleng kepala. "Anakku kalau ibu ceritakan kepada engkau, kau mungkin tak mengerti" ibu mengeluh "Ini semua cubaan daripada yang Maha Besar nak tengok keredhaan dan keikhlasan kita terhadap Nya" Celah sang anak"Kenapa kawan kat sekolah aku datang ke sekolah naik kenderaan besar, makan sedap sedap masa waktu rehat, dan ada duit bekal lagi" Balas ibu "Anakku bila ko lihat orang yang lebih senang daripada kita, ketika itu lah kita rasa diri kita kekurangan, nak apa yg. tiada di tangan engkau, tapi bila engkau pandang orang berada di bawah, bukan kah hidup kita lebih baik daripada meraka" balas ibu lagi "Bila kita pandang orang lebih susah daripada kita baru lah kita bersyukur kepada yang Maha Kuasa dan apa yang ada pada kita" ibu tambah lagi "ibu nak kau lihat dan ingat nasi, air dan garam yang engkau makan betul betul" "Kenapa ibu ?" "Ini lah yang Tuhan namakan rezeki anakku yang mana orang yang hidup mewah tak pernah kenal akannya" Sambil usap air mata yg. meleleh di pipi, ibu "Anakku satu hati nanti kau akan ingat ini lah tempat kau bermula, dan yg. kau suap ke dalam mulut sebagai ..........."

Sunday, June 18, 2006

Pena istimewa yg. duduk diam di hujung meja

Lima belas tahun yg. lalu pena ini cukup istimewa
Bisa menari bersama lengok puisi
Bait bait cerpen bisa menangis
Cerita datang bukan dari mimpi ... mimpi muncul dalam cerita
Karya muda berputik umpama "Usman Awang" tersendiri
kerna ... Pena istimewe yg. duduk diam di hujung meja

Cemburu masa tak berkesudahan
Menara Gading menghampar lautan ilmu
Algebra dan logik mencorak hemisfera kiri
Papan kekunci ganti pena
Tetikus ? ... jadi kawan jari
Jari tak perlu pena lagi
A.I propaganda masa depan
MSC dan Cyberjaya sinonim
dan sehaluan kemajuan
Sarjana Muda di kepit erat
Namun ... Pena istimewa duduk diam di hujung meja

Lima belas tahun kini
Puisi puisi digital menghiasi 'LCD'
Jari jemari menjadi mata bait bait program
kian terasa sengal
Semut semutan naik ke lengan
Bisa 'Migrain' mencucuk ulu tengkorak
'Cahaya' LCD bikin naik benggal mata ku
Pena istimewa duduk diam di hujung meja
Jari jemari merapat doa
malu ...
rindu akan penapena istimewa yg. duduk diam di hujung meja
rajuk tidak
Berat mana .. di junjung sekalipun sanggup
hujung waktu belum pasti
hari ini jari dan pena memprotes ... kembalikan
Pena istimewa yang duduk diam di hujung meja
KZK

Thursday, June 08, 2006

Spiderman 2

Semalan semasa aku duduk rehat tengok T.V malam tadi, HBO tayang filem Spiderman 2. Hmmm, macam ada kena mengena lak cerita tu dengan aku. Dalam score nie Spiderman dalam dilemma sama ada dalam masa yg. sama dia perlu jadi Peter Parker dan Spiderman. Setelah dapat kuasa labah labah kehidupan Peter amat berbeza. Namun begitu kehidupan Peter Parker tak berapa baik. Dia di buang kerja kerana lambat hantar pizza. Prestasi pelajaran merosot dan lewat kuliah dan hantar assigment. Tak berani nak luahan perasaan kepada MJ (Mary Jane). Hidup dalam kesusahan dan macam macam lagi.

Aspirasiku tak jauh berbeza, nak jadi seorang yg. mampu mengendali diri dari segi spiritual, emosi, mentaliti dan jasmani. Berjaya dalam kerjaya. Mempunyai perniagaan sendiri dan pada masa itu wang yg. sentiasa ada unutk menampung kehidupan. Kalau sekarang gaji 2 ribu lebih pun tak boleh nak mengimbangi kehidupan. Apatah keluarga aku sendiri.

Dalm satu senario John Hendry, anak jiran unt. May. Tanya Peter Parker "Adakah spiderman akan muncul semula" Peter Parker geleng kepala. Untie May bersuara "Spiderman is an aspiration to them. Everybody need a hero. Do know who John Hendry want to be when he grow up, Spiderman. That what keep them going."

Kata untie May lagi, "We all have aspiration, but sometime we sacrifies our dream for other, that what heros do"

Setiap aspirasi di bawa sampai mati. Tapi untuk realisasikan impian kira perlukan PENGORBANAN. Itu lah yang di laku kan oleh seorang hero.

For 2006, dah banyak benda yg. tak sepatut nya berlaku. Aku hadapi dengan tabah dan usaha unutk memperbaiki diriku. Cubaan pulak datang dari arah yg. tidak aku sedari lebih kuat aku bangun lebih kuat ujian yg. aku terima. May be tahun aku perlu approach baru mulai dari saat ini.

"Aspiration, that what kept them going"