Mukmin yang Sejati
Jika terbuat dosa
Hatinya luka, punah, sedih dan derita
Jiwanya parah, dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Kalau anggota lahir, sudah tentu nampak berdarah
Kalaupun sembuh dari lukanya, Namun parutnya masih ada
Begitulah halus perasaan seorang hamba yang berdosa, Dia tidak boleh melupakannya sepanjang masa
Payah sekali dia mahu melupakannya
Perasaan ini adalah anugerah dan nikmat dari Tuhannya
Takut dengan dosanya itu adalah buat syafaat kepadanya
Terseksa dengan dosa, derita dengan kesalahan Dianggap oleh Allah itulah.
hukuman kepada hamba-hamba-Nya
Moga di Akhirat kelak terselamat
Daripada seksa Neraka
Begitulah hati seorang mukmin
Sentiasa sahaja bergelora
Kerana takut dengan Tuhannya
Lebih-lebih lagi setelah terbuat dosa
Diwani
http://www.youtube.com/watch?v=TGokmEZi1Ts

