Hari hari yang berlalu
Tidak ku sangka rupa nya dalam diam penyakit yg. menimpa rakan sepejabat rupa rupa nye. Turut menghinggap diri aku ini. Aku hairan dan terfikir bagaimana orang datang dari kampung datang ke kota boleh hanyut dengan kesibukan kerja hingga mengabaikan perkara perkara asas sebagai seorang manusia.
Aku mula merasai apabila kita tidak menjaga. Manusia perlukan pengisian untuk tidak tersasar daripada tujuan hidup. Benar kata rasulullah dosa yang kita lakukan adalah ibarat anyaman yang berpintal pintal dalam jiwa manusia. Setiap satu ia di lakukan makan titik hitam itu akan duduk dalam hati. Akihirnya dosa dosa itu menjadi hitam seperti buntut kuali.
Apabila telah hitam maka apa sahaja nur sudah pasti ia belum tentu dapat menerobos hati dan akal. Lalai dan Lupa. Malas untuk melakukan perubahanan dan macam macam lagi.
Nampak nya kena ambil pendekatan yang segera untuk menangani masalah ini. Takut takut ia bukan sahaja boleh menjatuh kan keimanan bahkan ikatan kekeluargaan.
Aku mahu pulang .....

