Darah, Dendam dan Anak
Sayu melihat waris bumi Palestin
Bergelimpangan dibidik peluru Zionis
Darah tak berdosa membasahi jalanan
Semadian yg. tak bernesan
dan tak terbela
Bumi pilihan tuhan bedarah kembali
Akibat dendam bapa bapa mereka
Renteten kem tahanan buatan Hitler
Lantas .. mayat kecil jadi penebus dosa ?
Alasan mempertahankan diri ...
Sedangkan tanah itu bukan milikmu
Dunia diam sekali lagi
Selepas Afghanistan dan Irak
Mampu bertakbir nama Allah di depan konsulat Amerika
Hantar memorendum bantahan
Bendera ! ... Hatta kain bercorak dibakar pijak
Meja meja rundingan .. hanya macam kedai kopi
tempat meluah perasaanPBB dan OIC !
Wahai umat Muhammad
Esok mungkin tak sebegini
Islam, Allah dan Muhammad
Anak anak kita ?
Anak Palestine
Anak Lenenon
Anak Beirut
Anak Syria
Nak jawab apa anak anak itu di barzakh nanti ..
ketika Nukar & Nakir persoal
"Siapa saudara mu ?"
Bukankah anak itu anak kita jua ?

