Sunday, October 15, 2006

Al Fatehah - Untuk ibu mertua ku

"Makcik tak kisah asal kan baik" Itu lah perkataan pertama masa mula mula aku jejak kakiku kat rumah mak mertua aku kat Cheng Melaka.

Namun begitu, tanggal 10 Oktober 2006 baru baru ini, mak mertua aku pulang ke pangkuan ilahi sebelum aku sempat ucap keampunan dan terima kasih. Itu lah yg. akan tinggal kenang kenangan sampai akhir hayat ku.

Insya Allah ada kesempatan ramadhan dan sebelum syawal ini aku akan bacakan yasin untuk di hadiah kan kepada arwah mak mertua dan ayah ku

Monday, October 02, 2006

Bingkisan Ramadhan

Minggu pertama ramadhan tahun ini banyak cabaran. Hasil hati
yg. tak pernah pernah di beri latihan sepanjang tahun mula
mengganas. Memang benar firman Allah serba ringkas berbunyi
sebegini Syaitan di belenggu di bulan ramadhan. Namun hati / nafsu
yg. tak terdidik menunjukkan taring pada minggu pertama.
Dalam pada masa kita berpuasa ia (hati/nafsu) amat lemah letih dan tak bermaya langsung.

Tetapi bila time berbuka kita siram dengan air/makan mula lah dia segar kembali.
Makan macam orang tak makan tiga hari. Apa sahaja yg. atas meja memang semua di balun.
Lepas dah makan perut lak rasa senak. Sembahyang tunggu 7:30 sharp sebelum tu nonton t.v.
Tengok walaupun cerita budak budak - naruto yg bongok.

Mungkin jugak ye, tu pasal orang ramai menuju pasar ramadhan nak beli makan. Kalau tengok
yg. muda muda ramai ke pasar ramadhan berbanding orang tua tua, bangsa lain apa lah lagi kan.
Nafsu yg. tidak terdidik Kadang kadang orang yg. jual tu pulak banyak mementingkan
hasil jualan mereka terjual. Sedap tak sedap mereka tak kira dia tak tahu kalau orang
menyumpah tentu hasil ramadhan sepatut ada barakah jadi lain lak.

Time time nak pergi tarawikh nie pun kadang rasa berat gak. Semalam memang terasa amat malas nak berjemaah terawikh kat
surau. Tapi wife mintak advanced nak bayar hutang. so lepas solat isyak bersendiri then i went to the bank. Susah kalau
masukkan duit dalam bank yg tak de kemudahan meps & cuma ada cawangan tertentu kat KL/Sgr, melaka "ellek". So aku decide untuk
tranfer semua fund ke dalam bank islam cuma tinggal duit sikit untuk bayar duit pinjaman standard charted - hutang pinjaman tahun lepas
unutk anak sulong.

Semalam malas sangat nak sembahyang terawikh. Ingat nak buat ibdat lain. Walaupun lambat dapat jugak buat solat
tahajud dan taubat sebelum subuh. Mmmm tak tahulah samada di terima / sebalik nye. Tuhan jer dapat menilai ibadat kita.
Sembahyang subuh lewat skit pagi tadi di bantai tidur. alhamdulillah sempat
berwirid & berdoa.

Okay signing off