Friday, November 24, 2006

Kenduri khatam Al Quran

Lama tak update blog. Last janji nak balik Melaka bersama keluarga kakak ipar terlaksana juga. Bukan apa nak sambut upcara khatam Al quran utk arwah ibu mertua. Majlis jalan dengan lancar .

Tugas yg di berikan kepada cukup mudah pergi pasar beli pisang berangan 7 sisir. Ais 1 kampit murah RM 2. Kicap masin & manis 1 botol. beli udang kering. dan stryrofoam 100, sampul kotak telur dan plastik unutk tetamu bawa pulang bersama dengan isian pulut kuning berlauk rendang. Sempat sarapan pagi kat Pasar Central Melaka. Jamah nasik lemak sebungkus dengan kopi o ais. Nasi lemak harga 60 sen. KL mana nak dapat harga mcam tuh.

Malam Sabtu sampai terus pergi Tesco Melaka beli barang keperluan untuk buat rendang. Maklum lah pasar mana bukak malam malam beli lah yg dah siap potong keping 13 paket daging. dan keperluan lain lain seperti kelapa parut dan santan. Juga kerisik. Semua tuh kakak ipar aku buat.

Malam Ahad lepas tengok berita terus balik KL.

Thursday, November 02, 2006

Selamat Hari Raya


Sempena dengan Syawal ini ingin mengambil kesmpatan untuk ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin
Tahun tak de lah meriah sangat cuma take time jumpa saudara mara sebelah wife dan pak sedara yg di kenali & rapat tak de masa nak tengok hiburan kat TV. Sedih gak sebab, baru lepas 2 minggu ibu mertua pergi menemui illahi. Melawat kubur arwah ayah sambil bersihkan pusara.
By, the way semasa melawat makam arwah ayah sempat baca yassin, doa dan membasuh lumut hijau yg. ada nesan & kaki pusara. Nak guna berus tak bawak jadi aku guna tangan & jari ku. Takkan tak boleh kan sedangkan ayah aku semasa hayat nya besarkan aku dengan 2 kerat tangannya dan bukan dengan harta. Luka luka lah sikit jari jari ku terkena bucu bucu tajam. Bagi aku itu lah pengorbanan yg tak sempat aku lakukan untuk ayah ku. Dan pada masa yg sama kat hujung sebelah ada dua beranak yg. sedang memberus kubur parent/suami jugak. Batu marmar cantik nesannya.
Mungkin parent/suami besarkan anak/suap isteri dengan kebendaan.